Monday, May 16, 2016
Sunday, May 15, 2016
Darjah 1..
Pejam celik, pejam celik, anak dara kita Irdina nak masuk darjah 1 tahun dah tahun depan. Ya allah serius rasa cepat sungguh masa berlalu. Selepas study punya study.. fikir punya fikir.. pegi sekolah sana, pegi sekolah sini.. kami akhirnya tekad daftar Irdina sekolah kebangsaan dan sekolah integrasi.
Niat mahu juga sambung dengan Brainy Bunch, tapi atas faktor lokasi (Cyberjaya), kami terpaksa keluarkan dari senarai. Sebab mahukan keselesaan dan keyakinan, tetapkan hati untuk beli rumah yang jauhnya 2.5km dari ofis saya untuk duduk weekday. Gembira! Weekend-weekend nanti kami balik lah Bandar Seri Putra.
Jadi kami pilih SKSBU sebagai pilihan pertama, SK Setiawangsa pilihan kedua dan Convent Bukit Nanas pilihan ketiga untuk SK. Sekolah integrasi pula kamo daftar ke siraj dan al amin.
Sekolah SK yang dipilih adalah dari kategori Sekolah Berprestasi Tinggi, jadinya perlu ambil ujian pemilihan sebelum layak masuk ke sekolah terlibat.
Al kisahnya semalam irdina sudah seat for exam at SKSBU yang dijadualkan 8-12tengahari. Hari yang sama juga ada exam untuk siraj (sekolah islam rendah agama jawi) jam 7.30-12.30 tengahari. Jadi lepas kami berdua discuss-discuss, kami tetapkan hati supaya Irdina akan seat for SKSBU exam only. Tiba-tiba tanpa duga masa hari kejadiaan, Irdina managed to finish 4 kertas (BM, BI, MATHS, SAINS) di SKSBU within 1hour. So tiba-tiba datang idea bawa Irdina ke siraj untuk ambil exam pemilihan di sana pula. Memang unplanned. Sampai orang lain semua bertudung berjubah bagai, anak kita togel je. Haha. Sampai-sampai pukul 10.30pagi, habis pukul 12.00tengahari. Jadi lah, sedapkan hati ambil exam. Dapat tak dapat belakang kira.
Feedback Irdina ujian no.1 senang sangat katanya tapi susah sangat untuk ujian no.2 sebab katanya I'm not good in jawi lah ummi. Haha. Tepuk dahi ummi.
Apapun, kita doa yang baik-baik dan serah pada DIA untuk tentukan yang mana terbaik. Kami akan cuba terima dengan redha apapun keputusan kelak sebab sedia maklum pemilihan memang ketat untuk kedua-dua sekolah. Yang ambil ujian ramai, nak ambil hanya 150orang untuk SKSBU dan 120orang untuk siraj.
Ok gambar sekitar ujian pemilihan.
Subscribe to:
Posts (Atom)