Monday, May 16, 2016

teacher's day

Teacher's day. 


Sunday, May 15, 2016

Darjah 1..

Pejam celik, pejam celik, anak dara kita Irdina nak masuk darjah 1 tahun dah tahun depan. Ya allah serius rasa cepat sungguh masa berlalu. Selepas study punya study.. fikir punya fikir.. pegi sekolah sana, pegi sekolah sini.. kami akhirnya tekad daftar Irdina sekolah kebangsaan dan sekolah integrasi. 

Niat mahu juga sambung dengan Brainy Bunch, tapi atas faktor lokasi (Cyberjaya), kami terpaksa keluarkan dari senarai. Sebab mahukan keselesaan dan keyakinan, tetapkan hati untuk beli rumah yang jauhnya 2.5km dari ofis saya untuk duduk weekday. Gembira! Weekend-weekend nanti kami balik lah Bandar Seri Putra.

Jadi kami pilih SKSBU sebagai pilihan pertama, SK Setiawangsa pilihan kedua dan Convent Bukit Nanas pilihan ketiga untuk SK. Sekolah integrasi pula kamo daftar ke siraj dan al amin.

Sekolah SK yang dipilih adalah dari kategori Sekolah Berprestasi Tinggi, jadinya perlu ambil ujian pemilihan sebelum layak masuk ke sekolah terlibat.

Al kisahnya semalam irdina sudah seat for exam at SKSBU yang dijadualkan 8-12tengahari. Hari yang sama juga ada exam untuk siraj (sekolah islam rendah agama jawi) jam 7.30-12.30 tengahari. Jadi lepas kami berdua discuss-discuss, kami tetapkan hati supaya Irdina akan seat for SKSBU exam only. Tiba-tiba tanpa duga masa hari kejadiaan, Irdina managed to finish 4 kertas (BM, BI, MATHS, SAINS) di SKSBU within 1hour. So tiba-tiba datang idea bawa Irdina ke siraj untuk ambil exam pemilihan di sana pula. Memang unplanned. Sampai orang lain semua bertudung berjubah bagai, anak kita togel je. Haha. Sampai-sampai pukul 10.30pagi, habis pukul 12.00tengahari. Jadi lah, sedapkan hati ambil exam. Dapat tak dapat belakang kira.

Feedback Irdina ujian no.1 senang sangat katanya tapi susah sangat untuk ujian no.2 sebab katanya I'm not good in jawi lah ummi. Haha. Tepuk dahi ummi.

Apapun, kita doa yang baik-baik dan serah pada DIA untuk tentukan yang mana terbaik. Kami akan cuba terima dengan redha apapun keputusan kelak sebab sedia maklum pemilihan memang ketat untuk kedua-dua sekolah. Yang ambil ujian ramai, nak ambil hanya 150orang untuk SKSBU dan 120orang untuk siraj.

Ok gambar sekitar ujian pemilihan. 








Friday, April 1, 2016

Umar turns 2!

Hari ni anak kita Umar masuk umur 2tahun 1bulan. Alhamdulillah makin besar dah dia. Pengalaman besarkan dia ni, ada macam-macam. Sama juga waktu Irdina dulu. Yang paling pasti, dia berjaya buat ummi dia rasa selalu ada motivasi..

Sebab;
1) tiba-tiba bila lahir je dia, ummi dia ni macam tak kenal jemu especially tang kumpul stok dan pump susu ni. Kerjanya asyik mengusung pump sana ke mari semata-mata nak pastikan kejayaan penyususan penuh kurang-kurangnya 2tahun tapi alhamdulillah berjaya sampai hari ni.

Bermula dengan misi mengumpul stok seawal hari ke-4 lahirnya Umar. Fikiran hanya mahu kumpul stok sebanyak mungkin sebelum naik kerja hari ke-61. Sampai tahap sepanjang pantang, nyusu sebelah.. pump sebelah. Sampai hari ke 13, peti ais biasa di rumah dah tak dapat menampung. Lantas minta tolong kawan (Fairuz Shahida) yang sama-sama gigih nyusu orderkan deep freezer.

Waktu nyusu Irdina dulu hanya setakat 1tahun 4bulan misi penyusuan. Itupun tidak secara sepenuhnya. Kali ni, turn umar alhamdulillah masih lagi sekarang ni. Stok masih berbaki walaupun baru je semalam matikan suis deep freezer dan alihkan stok yang ada ke peti biasa (stok susu dah kurang maksudnya tu).

Banyak juga cabaran sepanjang nyusu umar.

Dengan sibuk outstation tiap 2minggu sekalinya.. Waktu it, gigih betul mengangkut stok susu naik turun flight.

Kegigigihan bab nyusu ni sambung lagi bila bercuti berdua saja ke London-Paris dengan abinya. Masa tu gigihnya pump dalam flight, bus, restoran, or mana-mana yang dan lah. Tapi time tu memang cover line baik punya. Even orang-orang yang sekali trip kami pun tak perasan. Tapi part paling sedih susu-susu hasil pump tu terpaksa buang saja, sebabnya UK very strick bab liquid waktu boarding. Hanya 50ml saja dibenarkan oleh pihak mereka. Sedih amat.

Bab susu masa umar ni alhamdulillah syukur, dimewah dan dipermudahkan olehNYA. Stok cukup. Dapat pula lagi dikongsi dengan anak sedara lutfya namanya. Stok yang expired dan perlu buang pun berpengalaman juga.. Semuanya berkat doa sepanjang mengandung agaknya.

Syukur!

2) dapat je dia, ummi jadi rajin masak dan siapkan tapau abi dan anak-anak tiap-tiap hari (dulu mula kawin buat untuk abi dia je bawa tapau)

3) dapat dia je, elok pula ummi dia ni jadi rajin nak buat dan cari aktiviti nak buat dengan dia.


Ok siap. Sekarang ni ummi dia dah get ready untuk adik dia pula. Insyaallah moga dipermudahkan.

Cuma harapnya, usaha keras ummi dengan penyusuan penuh ni memberi kepuasan pada ummi esok-esok nanti. Moga-moga awak membesar dengan sihat dan jadi anak yang tertib dan bjaya dunia akhirat ya. Aamiin.

Birthday awak 1.3.2016 aritu sambut kat sekolah je. Tak ada apa special sangat pun. Just a simple cake and popcorn to all friends.




Umar turns 2

Hari ni anak kita ni masuk umur 2tahun 1bulan. Alhamdulillah makin besar .. 2tahun besarkan awak ni dengan segala macam persaan. 

Semalam ummi dah tutup deep freezer dan pindahkan stok ke peti biasa. Maknanya stok susu awak dah kurang lah ye.

Ummi nak get ready untuk adik awak pulak ye. Insyaallah moga dipermudahkan.

Harapnya usaha keras ummi dengan penyusuan penuh ni memberi kepuasan pada ummi esok-esok kelak. Aamiin.

Doanya; moga awak membesar dengan sihat dan jadi anak yang tertib dan bjaya dunia akhirat. Aamiin.

Umar turns 2!

Hari ni anak kita umar masuk umur 2tahun 1bulan. Alhamdulillah makin besar .. 2tahun besarkan awak ni dengan segala macam persaan. 

Semalam ummi dah tutup deep freezer dan pindahkan stok ke peti biasa. Maknanya stok susu awak dah kurang lah ye.

Ummi nak get ready untuk adik awak pulak ye. Insyaallah moga dipermudahkan.

Harapnya usaha keras ummi dengan penyusuan penuh ni memberi kepuasan pada ummi esok-esok kelak. Aamiin.

Doanya; moga awak membesar dengan sihat dan jadi anak yang tertib dan bjaya dunia akhirat. Aamiin.

Monday, March 28, 2016

Mood nak bercerita ..






Tiba-tiba budak ni mood nak bercerita malam tadi. Memang tak plan, tak apa .. lepak-lepak terus je cakap; "ummi, irdina nak story ni.. record tau!" Ummi pun kebetulan tengah free and gallery handphone ni dah kasi clear minggu lepas , so ummi layan kan jela. Sebab jarang pun sebenarnya ummi sempat nak ambil gambar or record-record video kan. Alasan? ? Memory handphone sokmo penuh. Sedih!

Mood nak bercerita ..



Tiba-tiba budak ni mood nak bercerita malam tadi. Tak practise .. tak apa .. terus je cakap ummi rekod eh irdina nak story ni. Ummi pun layan kan je sebab jarang pun sebenarnya ummi sempat nak ambil gambar or ambil video-video ni kan. Sebabnya memory handphone asyiknya penuh. Sedih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...