Lama benar rasa aku tinggalkan belog ini walaupun banyak sebenarnya yang mahu disimpan di sini. Sangat kekurangan masa! Walaupun semua orang punya tempoh masa yang sama, 24hours a day!. Tetap juga mahu kata aku lah manusia ter busy di dunia. Boleh? Hahahaa...#macam lah orang lain tak rasa semuanya#
Sekarang ini jangan kata mahu menulis dan berblogging, ber blogwalking pun tak dan. Keadaan hectic di sana sini, ke sana ke mari. Kadang aku jadi pusing, stress! Jadi, untuk hilangkan rasa terbeban di kepala, hati dan kepenatan badan, let's write.
Cara nak release all the tekanan biasanya aku akan bisik2 sendiri. Contohnya, kalau ada waktu Allah uji bagi kesusahan sikit, selalunya terdetik "common ayu take it positively. Jangan dok tengok negatif side je", kalau katacpenat buat kerja2 kat rumah bisiklah "relax lah! setiap benda baik ko buat allah nampak, allah akan balas", bila start rasa stress dengan kerja2 di pejabat cakap pulak "ingat, ko keluar kerja sebab niat nak bantu ringgankan beban laki ko dan nak beri keselesaan pada anak2 ko". Alhamdulillah bila start bisik2 macam ni, automatik aku jadi lebih kuat dan tolak tepi segala bebanan

Nak dijadikan cerita, aku sudah punya dua orang cahaya mata. Seorang puteri dan seorang putera. Ini pertama kali aku simpan di sini. Kisah aku hamil anak ke-2 juga tidak pernah aku kongsi di sini. Bukan tidak mahu berkongsi atau cuba menyembunyikannya, tapi tidak berkesempatan pastinya. Kini putera ku hampir memasuki usia 4bulan 1Julai ini.
Aku selamat melahirkan seorang putera pada 1hb Mac 2014 diusia kehamilan mencecah 39minggu pada jam 10.48pagi seberat 2.88kg di hospital yang sama memberi khidmat semasa kelahiran puteri ku yang pertama. Servis masih sama, memang terbaik dan aku suka. Bezanya hanya pada doktor yang menyambut kelahiran kali ini. Merujuk dengan Dr.Idora Mohamed memang buat kami puas hati, sangat lembut dan begitu terperinci.
Walau bagaimanapun, pada 6bulan pertama aku telah menggunakan khidmat Dr.Hamid Arshat sebagai gynae. Memang tidak terdetik untuk menggunakan khidmat gynae lelaki tetapi kerana telah mendapat maklum balas daripada kawan2 yang telah merujuk kepada beliau sebelum ini, jadi aku yakin untuk pergi. Tabik spring kepada beliau kerana sangat menjaga aurat dengan pesakitnya dan kebiasaannya check up akan dikendalikan oleh pembantu terlatih beliau kecuali jika terdapat masalah yang perlu rujukan beliau. Orangnya sangat humble walaupun telah di ketahui umum yang beliau seorang yang hebat sebagai pakar perbidanan. Sebab utama aku rujuk kepada beliau kerana terdapat cyst (ketulan) di awal kehamilan. Alhamdulillah syukur cyst itu hilang setelah usia kandungan mencecah hampir 3bulan. Dan bahagian paling disukai ketika merujuk dengan klinik Dr.Hamid tentunya kerana consultation dan juga ubat yang diberi. Ubat2an yang dibekalkan kebanyakkannya ke arah keislaman contohnya seperti habatussauda, minyak zaitun dan pati delima. And of course banyak tips2 berguna yang telah dikongsi oleh Dr.Hamid. Memamg terbaik!
Inilah si teruna kami Muhammad Umar Abbasy bin Imran yang membawa maksud hamba yang memakmurkan dan rajin berusaha. 6.44kg minggu lepas. Sudah bisa meniarap. Raut wajahnya persis wajah si kakak. Alhamdulillah sepasang sudah. Walaupun sebenarnya banyak lagi yang perlu diusahakan. Apapun rezeki itu milik Allah S.W.T. Satu katanya, maka satu lah. Dua katanya, maka dua lah. Begitu seterusnya.
Si kakak pula makin besar dan makin mahir menyusun kata2. Sudah bisa minta ditolong pada benda2 yang mudah. Alhamdulillah daripada seorang yang sangat tidak pandai tunjuk kasih sayang, sekarang kerap pula mahu mesra2 dengan si adik. Baguslah... Juga sudah banyak belajar ilmu2 dan skills baru dalam kehidupan seharian. Ini dia si kakak
Bila sudah bertambah ahli keluarga, sudah pasti urusan hidup juga makin bertambah. Komitmen bertambah dan rutin berubah. Pendek kata, banyak benda2 biasa jadi luar biasa. Banyak benda2 luar biasa jadi biasa.
Ini belum cakap soal kerja. Kerja kerja kerja... tight sangat rasanya! Masuk kerja pukul9-6 petang memang jarang dapat bersantai2. Ada pun hanya untuk pump susu, solat dan ke tandas. Nak baca suratkhabar pun tidak ada masa. Apalagi browsing tak tentu hala. Tapi lucky keadaan dxi pejabat sangat selesa kerana dikelilingi kawan2 yang best dan bos yang sporting. Time otak sudah tepu, bisa stop chit chat2 gossip dan sebagainya. Heaven sangat walaupun penat!

Di rumah lain pula ceritanya. sibuk uruskan rumah dan anak2 juga suami. Penat mula terasa bila punya anak ke-2. Waktu tidur kebiasaan jam 12midnite dan bangkit jam520 pagi. Itu belum kira bangun susukan si adik. Pergi dan balik kerja menggunakan ktm sedikit sebanyak mengerah tenaga kami berdua. Penat sudah semestinya tapi asalkan selamat, alhamdulillah. Kami tidak berani ambil risk untuk naik motorsikal buat masa ini kerana parut luka pun masih berbekas.
Ok stop dulu sampai sini. Masih ada yang mahu ditulis. Moga diberi kesempatan dan kelapangan untuk sambung menulis lagi lain hari.
#hasil tulisan sementara bersenang2 tunggu ktm sampai. Done in 30minutes. Not bad can do it next time#