Salam,
Lama betul x menulis di belog picisan ini. Bukan setakat tiada masa untuk menulis, malah menjenguk untuk beberapa minit pun tiada kesempatan, apalagi mahu singgah ke belog kawan2. Sangat sukar mencari masa lewat ini.
Isunya tetap sama, sibuk dengan kerja, sibuk dengan kehidupan. Itu sahaja... Dua perkara yang mungkin tidak berpenghujung. Sebenarnya banyak sungguh cerita yang tidak sempat disimpan di sini. Tapi hari ini, zero cuba juga cari masa menaip talkala anak dara & suami sedang lena dibuai mimpi. Mahu memori ini terpahat di sini untuk bacaan irdina kelak. InsyaAllah.
Minggu lepas 14hb April, tadika irdina adakan Hari Sukan sesi 2013 di Kompleks Sukan, UPM. Ini merupakan program tahunan dan ianya wajib untuk semua pelajar. Jadi mahu x mahu, kena sertai juga. Tapi sebenarnya ok jugalah sebab pada zero aktiviti sebegini dapat memberi kepuasaan dan keriangan kepada anak2 tentunya #zero rasa kot lihat dari reaksi irdina#
Malah, kita sebagai ibubapa boleh melihat sejauh mana kemampuan anak2 kita. Maksudnya, waktu ini kita tahu lah anak kita berperwatakan macam mana bila berada di bawah kendalian orang lain. Dan alhamdulillah, kami lihat irdina begitu pandai membawa diri dan cikgu2nya tidak perlu memberi lebih perhatian kepadanya. Irdina juga nampak aktif orangnya. InsyaAllah moga yang baik2 untuk beliau. Ameen.

Irdina, this is for you.