Salam,
Hari ni terasa mahu berkongsi cerita berkenaan anak dara zero yang telah pun mencecah usia 1tahun 10bulan. Pantas! sangat pantas, masa berlalu begitu pantas. Gayanya memang sudah layak untuk dapat adik, tapi bila pula agaknya... Jeng jeng jeng *heh*
Ok², bukan itu isunya. Isunya ialah anak dara zero tidak mahu makan. Bukan tidak makan langsung, tetapi tidak berselera untuk makan atau kata lain makan tapi dalam kuantiti yang sangat sedikit. Makanan hariannya cuma sedikit ikan/ayam/roti kosong/biskut dll. Walaupun pada hakikatnya, zero masih gigih menyediakan bekal tiap pagi (lauk bersup+ikan/ayam goreng) untuk hantar ke rumah pengasuh, tetapi tetap tidak dimakannya.
Kebiasaannya, tiap kali disuapkan/diletakkan nasi jarang sangat mahu dijamahnya. Kalau makan, itu kira cukup bertuah. Kalau cerita waktu hujung minggu waktu kami bersamanya, biasanya dia akan makan 2-4 keping biskut sahaja. Bayangkan...
Bab minum susu pula, pada zero kuantiti yang diminum agak sedikit iaitu 5oz x 3/4 botol ketika bersama pengasuh antara jam 7am - 7pm dan 5oz x 1/2 botol antara jam 7pm - 7am. Adakah ini kuantiti yg wajar bagi kanak² seusia anak zero?
Keadaan ini membuatkan zero sedikit risau. Kalau boleh, kami mahu anak kami membesar dengan sihat dan kuat jadi atlit macam ummi dan daddy satu masa dulu :P
Jadi, kalau ada yang sudi beri pandangan berkaitan dengan hidanagan atau cara terbaik dalam menambat selera makan anak zero, sila kongsi. Tolong ya kawan²...
gambar sesi belakang anak zero a.k.a cik nur irdina amani
Peace!