Wednesday, September 28, 2011

3 in 1 - Part I

Entry kali ni zero nak simpan 3 cerita dalam 1 entry. Pasal raya, jalan² main air & karnival kuda.


Cerita Pertama :

Pejam celik pejam celik kita sudah berada di penghujung bulan Syawal tahun 1432H. Alhamdulillah seronok & meriah rasanya raya tahun ini. Seronok beraya dengan anak, suami, keluarga & juga kawan². Terasa ada sedikit perbezaan dengan tahun² lalu. Perbezaan yg paling ketara :

1. tiada seorang pun tetamu ke rumah kami w/p keluarga :(
2. tiada open-house seperti tahun² lepas
3. lebih banyak munculkan diri ke rumah orang

Ini boleh kata agak di luar kebiasaan. Biasanya kalau raya, kami akan buat open-house secara kecil²an panggil kawan² terdekat. Tapi tahun ini tiada keraian di rumah kami. Alasan Utama? Malas nak masak. Kalau nak panggil catering pulak, budget agak kurang. So kata en.husband, kita closed-house tahun ini. Tapi tidak bermakna kami tutup terus pintu rumah kerana niat kami masih ingin menerima tetamu yg sudi. Tinggal lagi ada yg bercadang utk hadir, tp pada firasat kami kekangannya adalah jadual masing².  sudahnya, tiada seorang pun yg kelihatan depan pintu rumah kami. Dan keadaan jadi lebih tragis bila keluarga dari kampong pun tidak sempat datang menjenguk seperti kebiasaan. Sudahnya kuih muih di rumah, kami sendiri yg perlu perhabiskan *hahahahaaa* insyaAllah kami pasang niat utk extand open-house ke tahun hadapan kalau ada rezeki lebih.

Gambar raya di ofis zero :

                                      
                                       
                                       
                                           
                                       
                
                
                
                
                 
                 
                  
                                       
                  
                  
                  
                   
                  
                                                                     
                   
                   
                                                          
                    
                    
                     
                     
                     

Terpaksa To Be Continue in Part II disebabkan size file yg besar :P

Friday, September 9, 2011

Hobby Terbaru Cik Irdina...

lately baru sedar cik irdina suka sgt dengar lagu. ceritanya, pernah skli cik irdina menanggis +1tahun kami hulurkan HP & buka kan lagu terus dia senyap. beberapa kali kami buat benda yg sama. akhirnya cukup suka dia main dengan HP.

sampai pernah sekali dlm shopping mall cik irdina meragam, kami cuba apply benda yg sama iaitu buka lagu di HP biar dia peggang & dengar alhamdulillah 10-15minit kami sorong dengan stroller pun diam seribu bahasa saja w/p yg kami putarkan masa itu alunan ayat² suci. mcm ni kan bagus sayang, senang ummi & daddy lepas ini sbb dah ada umpan utk diberi *heh*

semalam tergelak² kami tengok gelagat anak dara kami sorang ni. pantang lepa, cik irdina akan bagi HP pada zero/en.husband sambil goyang² kaki tanda minta dibuka lagu. Ini aksi si tenit sorang,


* archieve buat Nur Irdina Amani

Thursday, September 8, 2011

Hari Raya ke-3, Kami Bertiga...

Hurmmm sudah agak lama menyepi & meninggalkan belog ku ini. Bukan sehari atau seminggu, tp hampir berbulan² lamanya sekali sekala muncul sekali. Alasan ??? Kesibukan² + kemalasan²… Sabar jelah kan :) Sudahnya, belog ditinggalkan bersawang. Jadi banyak memori suka duka tidak sempat disimpan rapi di sini. X mengapa, zero akan terus bersemangat dan terus beranggan² sehangat tahi ayam utk mengupdate belog ku ini at least seminggu sebulan sekali. Oppsss, bole ke zero? *heh*

Alhamdulillah, puasa 1 bulan sudah  pose 1 bulan u ols, solat pn x cuti sejak preggy almost 2 years dulu tuh. apakah? tetttttt raya pun sudah. maksudnya berbelanja sudah kini pokai lah sudah *heh* Seperti biasa, bila tiba musim raya seronok bershopping sakan lagi² bila sudah ada baby sendiri. Bayangkan baju ibu & ayah cukup 2-4pasang, tp baju dia melebihi org dewasa. 7set baju & jeans shja utk dia. Itu belum kira dress lagi. inilah lumrah yg dihadapi oleh ibu² & ayah² di atas muka bumi ini. kejenya asyik shopping utk si anak. budget utk diri sendiri kurang pn dh x kesah. anak oh anak! so bila bershopping sakan, lepas raya senyap & sanggap lah jawabnya :)

Raya tahun ini kami beralih angin bila buat pertama kalinya beraya di sebelah en.hubby iaitu Johor/Singapore terlebih dahulu. Banyak perbezaannya beraya di kawasan taman perumahan lagi² bila dikelilingi org² cina (side en.hubby) & juga kampung (side zero). Perbezaan yg cukup ketara dari segi masakan, adat & kemeriahan. Tapi bagi zero, kemeriahan tetap boleh dirai jika kita sekeluarga pandai menghidupkannya. At the end of the day, mana² pun sama je :) Tp the best part is, en.hubby ada kata atas sebab² tertentu lepas ni kami akan beraya di Melaka terlebih dahulu. itupun kalau nasib baik en.hubby x ubah fikiran *yahoo*

Utk tahun ni kami 3 beranak ambil tema pink ala² belacan. kalau ikutkan zero bukan lah si penggemar warna pink, tp entah mcm mana blh tersangkut lah plk. mungkin alasan yg paling kukuh zero blh kata sbb nak samakan tema dengan side zero yg semuanya pink. pink pink pink cmm geli² je rasa tp bila dh pakai sedondon serius rasa nmpk menarik plk tema kali ni especially utk en.hubby, nmpk sesuai gitu auuuwww

Kemeriahan raya keluarga kecil kami berdua konon cukup sekadar malam raya sehingga raya ke-2 sahaja. selebihnya seolah-olah tiada lagi raya. bagi zero both side keluarganya kecil² belaka, suami 3beradik zero 3beradik plus 4+3 adik beradik tiri yg baru meningkat remaja. sebelah emak zero 5beradik & sebelah emak en.hubby juga 5beradik. sudahnya, sedara mara pun sekerat aje. kalau sedara mara & sepupu sepapat yg ramai confirm meriah. mungkin jgk kena tunggu kami adik beradik bercucu cicit baru lah terasa keriuhannya *x sabar* 

raya kali ni, total rumah yg kami ziarah raya @ johor = 2 rumah, singapore = 3 rumah & melaka = 5 rumah. Tp alhamdulillah total collection raya cik irdina rm518 *yeay blh shopping lg*  wpun tahun ini collection si tenit kurang 1x ganda dari tahun lepas sbb baru lahir x pe, itu pun dh syukur sgt²  sbb blh tambah collection tahun lepas :) as usual bab duit biar daddy yg uruskan *so please topup dlm account irdina ye B* 

tp yg sedikit sadis & tragis, beraya punya raya blh plk terleka nak snap² gmbr sgt. yg ada pn ciput 5 -6keping dr camera family. yg paling frust sbb raya pertama di johor makanya smpi terlupa nak snap gambar dgn family sebelah melaka. aduhaiiiii sob sob sob *kuciwa* utk side melaka jgn kecil hati ye serius saya terlupa *ampun*

Jom layan jela apa yg ada,
Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Kami Pinta.

Iklas dari,
Imran
Ayu
Irdina
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...