Friday, August 26, 2011
AURAT WANITA
Salam,
Lama beno rasanya tidak mengupdate belog picisan ku ini. Tengah dalam 'mood' raya, hati tiba² rasa terdetik utk menulis pasal aurat wanita esp utk menghadapi sanak saudara di hari mulia ini. Rasa ianya sangat sesuai utk rujukan zero juga kawan² blogger yg lain. Let's check it Out!
In general, apabila seorang wanita berkahwin dgn seorang lelaki maka mahramnya HANYALAH :
1. suami
2. bapa suaminya (mertua)
3. datuk suami
4. anak suami (anak tiri)
5. cucu suaminya (termasuklah cicit)
Bukan mahram si isteri :
1. adik/abang kpda suami (adik/abang ipar)
2. anak saudara kpda suami
3. bapa saudara suami
Tambahan kepada itu,
AURAT WANITA DGN WANITA ISLAM --> di antara pusat dan lutut
AURAT WANITA DGN WANITA BUKAN ISLAM --> sama seperti aurat bersama lelaki ajnabi
AURAT WANITA DGN HAMBA --> jikalau hambanya perempuan maka hukumnya adalah menyerupai auratnya bersama para wanita yang lain tetapi jikalau hamba tersebut adalah lelaki maka mengikut pendapat yang paling tepat, auratnya wajib ditutup sama seperti ketika dia berhadapan dengan seorang lelaki ajnabi
AURAT WANITA DGN PONDAN --> sekiranya fitrah kejadian pondan terbabit adalah semulajadi maka hukumnya adalah sama seperti auratnya ketika bersama muhrimnya yang lelaki iaitu selagimana pondan tersebut masih kekal begitu dan tidak berubah nalurinya menjadi bernafsu
AURAT WANITA DGN KANAK² --> sekiranya kanak-kanak tersebut belum mumayyiz dan belum bernafsu maka hukumnya ialah sama seperti hubungan sesama wanita iaitu dibenarkan auratnya dilihat oleh-kanak-kanak tersebut melainkan pada bahagian di antara pusat hingga ke lutut Akan tetapi sekiranya kanak-kanak itu sudah pun mumayyiz dan bersyahwat maka hukumnya adalah sama seperti ajnabi
AURAT WANITA BERSENDIRIAN --> Pada dasamya, umat Islam dilarang daripada tidak berpakaian sekalipun ketika berseorangan tetapi dibenarkan jikalau keadaan memerlukan begitu seperti ketika berada dalam bilik air untuk mandi atau membuang air. Ini berdasarkan Hadis sahih yang menerangkan bahawa Nabi Musa dan Ayub a.s. pernah mandi tanpa mengenakan kain basahan sedang Nabi s.a.w. ketika menyatakan hal ini, baginda hanya berdiam diri sahaja. Oleh itu, haram tidak berpakaian ketika bersendirian tanpa apa-apa keperluan, makruh tidak berpakaian ketika mandi dan diharuskan ketika membuang air
Di samping itu, kita sebagai wanita harus menjaga perkara tersebut,
1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan
3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang
4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka
5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya
6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu
7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja
8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya
9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi
11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti
wallahu'alam
Subscribe to:
Posts (Atom)