Thursday, May 19, 2011
9 Bulan 18 Hari...
Salam,
Setiap hari bekerja, kami terpaksa meninggalkan Cik Irdina di nursery. Jadinya tiap kali juga lambaian tanggan dengan ucapan "TA TA" keluar sebelum kaki melangkah pergi. Rutin yang sama hampir mencecah 8bulan dan sayangnya ianya tanpa reaksi balas dari Cik Irdina.
Seperti ibu dan ayah yang lain, hari ke sehari jauh disudut hati kecil kami mengharapkan satu tindakan balas dari anak tersayang sebagai tanda mereka mula belajar sesuatu.
Tanpa rasa bosan dan jemu, kami terus terusan mengharapkan sesuatu dari Cik Irdina. Dan akhirnya, zero seperti percaya tak percaya apabila Cik Irdina angkat tanggan dan mula mengoyang²kannya saat kami harus pergi. Terkesima seketika sblm maklumkan pada en.asben. Kami teruja!!! YES! Cik Irdina sudah mula belajar benda baru...MELAMBAI...
Keep it up sayang...
Thursday, May 12, 2011
Bulan Ke-9...
Alhamdulillah masuk bulan ke-9 banyak progress baru dari Cik Nur Irdina Amani.
i) 9bulan 7hari = berdiri tanpa support & tepuk tanggan tanpa bunyi
ii) 9bulan 10hari = keluar gigi pertama
Syukur, Well done sayang…
Daddy nak awak cepat berJALAN plk supaya senang kalau kita nak pergi jalan² nnt. Bagi ummi, biar lambat asalkan semua selamat.
Apapun yang paling penting ummi & daddy doakan Irdina supaya membesar dengan sihat & jadi anak yang baik, dengar kata, hormat orang tua, solehah. AMIN…
*** video tepuk tanggan masih tak sempat ambil sebabnya irdina buat terlalu sekejap. mgkin weekend ni blh cuba lg
Thursday, May 5, 2011
Tentang, Apa Rasa Hati?
Salam
Hari ni zero nak tulis & simpan memori di sini tentang apa rasa hati zero ketika ini.
Ceritanya, tiba² & tak semena-mena semalam (4hb Mei 2011) hati zero bersuara, *saya perlukan kerja / profession baru". Adoiii, hati oh hati kenapa ni agaknya. Cer cite cer cite :P
Benda ni tiba² terlintas dalam benak zero masa dalam perjalanan ke tempat kerja. Sampai je di ofis, sempat lagi merenung panjang sebelum call en.asben utk ceritakan apa yang zero fikir & rasa.
Katanya, if nak tukar profession he said "NO". tapi kalau nak tukar kerja he said "YES". Tapi... secara jujurnya en.asben tetap tidak mengalakkan sekiranya zero mahu meninggalkan syarikat yg sekarang.
Hurmmm... hakikatnya ini bukan perkara mudah. Sebab pada zero syarikat sekarang sudah cukup bagus dari segi persekitaran & faedah²nya, cuma jujurnya skop kerja yang membuatkan zero tidak suka & sedikit tertekan.
Jadi zero perlu fikir dalam² & pajang² sebelum ambil sebarang tindakan & keputusan. Harapan zero DIA akan beri petunjuk apa yang perlu zero lakukan. Amin...
Subscribe to:
Posts (Atom)