Salam
Lama sungguh tak mengupdate ini belog. Haduiiiiii sungguh malas ini perempuan. Chop 3x bukan malas okeh, tapi lazy sikit je :) So, kali ini mau kasi update ini belog supaya semua memori suka duka tersimpan rapi di sini.
Kalau cerita pasal anak :
Sehingga hari ini anak masih lagi satu iaitu Nur Irdina Amani N usianya sudah pun genap 8bulan 20hari hari ini. Irdina masih mengunakan khidmat susu badan UMMInya w/p bukan secara ekslusif tapi separa ekslusif. Apapun tetap syukur pada rezeki susu yang masih ada, Alhamdulillah… Skala penyusuan 8 : 2 yang mana 8 utk susu badan (BM) & 2 utk susu formula (FM). Okehlah tuh :) w/p hakikatnya zero agak frust juga pada mulanya kerana tak mampu 100% membekalkan BM secara ekslusif pada my princess sehingga 2 tahun. Tapi kata en.suami padazero jgn “stress” kalau itu je rezeki utk kita *TQ b*, jadi zero belajar utk redha dengan apa yang ada.
Sehingga hari ni, Irdina masih pada tahap yang sama iaitu berdiri dengan sokongan lah tapi (sejak 6bln ++), merangkak (+- 7bln) & duduk tanpa sokongan (+- 7bln). Perkataan pertama yang keluar dari mulut Irdina secara sengaja atau tidak adalah “Mama” pada 6bln 2hari N kemudian “Papa” pada usia 7bln 16hari. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini atau dengan kata lain sudah hampir 2bln Irdina tanpa pergerakan yang baru. Makanya ummi & daddy sudah excited mahu lihat next step. N yang paling ketara daddy Irdina yang sangat 2x tidak sabar nak Irdina berjalan. Hari 2x daddy kasi remind Irdina supaya cepat jalan, motifnya sebab bulan 11 kami mahu berjalan.
Layan video sikit,
Kalau ikutkan Irdina baru je discharge dari hospital kerana demam panas (38 – 39) berpanjangan selama 5hari & doc kata bronchitis. Admitted dari 14-17hb April 2011 & waktu itu daddy Irdina berkhusus selama 10 hari.
Symptom bronchitis 4 baby
1. Batuk berpanjangan & menyebabkan kahak berwarna putih pekat/kuning/hijau
2. Demam
4. Susah bernafas
5. Wheezing
Treatment
1.Nebulizer
2.Inhaler
3.Ubat batuk
4.Minum byk air masak
5.Jauhkan diri dari perokok/binatang peliharaan yg berbulu :)
Layan gambar Irdina masa admitted




Alhamdulillah after treatment & makan ubat, last week masa buat follow up doc kata Irdina dh come back to normal.

Adoiii rasa terbeban juga bila terpaksa menguruskan anak sendirian. Pada zero, pepatah lelaki & wanita diciptakan utk saling melengkapi & memerlukan adalah fakta belaka.Memang payah kalau terpaksa berulang alik ke klinik selama beberapa hari secara solo, kemudian terpaksa bawa Irdina ke hospital & kami duduk berdua sahaja ketika di hospital. Terasa juga seolah-olah patah sebelah kaki bila ketiadaan suami. Nasib ada kekuatan di situ. Lagipun zero memang jenis suka bergerak secara solo kerana CEPAT & PANTAS.
Kalau cerita pasal hidup :
Kami bertiga baru je ditimpa satu musibah yang nak kata berat tidak juga., tapi yang pasti Allah beri musibah itu masih pada kemampuan kita *kata en.asben*. Kisahnya kereta kami kena so-called pecah jgklah masa Irdina admitted di “Hospital G”. Kejadian berlaku pada hari ke-3 Irdina admitted iaitu pada 16hb April 2011. Kereta berada di basement parking & siang buta time tu okeh! Some more CCTV ada di merata sudut dalam itu basement. Berdasarkan rakaman CCTV, kejadian berlaku selepas 1jam ¼ kereta kami masuk parking dan dalam masa yang sama ada lagi sebuah kereta jenis yang sama juga menjadi mangsa. Sudahnya barang dalam bonet belakang kereta kami termasuk laptop *cabuk lah tapi – zaman U*, travel beg yang complete dengan baju & seluar keje+baju jalan + kasut keje & kasut jalan + pakaian dalaman + kunci rumah & kunci motor + stroller Irdina dirembat si pencuri durjana. Sakitnya hati kami DIA saja yang tahu. Apapun hati kena redha dengan takdir dariNYA, mungkin ada hikmah di situ.
Kalau cerita pasal kerja :
Kalau tanya zero kerja tak akan pernah habis sampai mati :) Kerja di ofis, kerja di rumah, kerja sebagai isteri, kerja sebagai ibu, kerja sebagai hambaNYA dll Kerja oh kerja… Jadi prinsip zero, buat je semua kerja dengan COOL@SLUMBER & yang jgn sesekali STRESS. InsyaAllah tenang lah kesudahannya.
Ok itu je update dari zero, apapun hidup mesti diteruskan. Peace : )