Wednesday, December 21, 2011
Thursday, December 15, 2011
KFC Double Zinger Combo Free Voucher
Sila abaikan 'post' ini memandangkan pihak pemilik telah memberhentikan tawaran. Harap maklum.
KFC Malaysia is giving KFC Double Zinger Combo Free Voucher with any purchase.
Step 1 : Save picture as your free voucher & print color
Step 2 : Purchase any of KFC's product at KFC outlets
Step 3 : Redeem the voucher with your purchase
Step 4 : Happy eating :P
Footnote : Read term & condition as well
KFC Malaysia is giving KFC Double Zinger Combo Free Voucher with any purchase.
Step 1 : Save picture as your free voucher & print color
Step 2 : Purchase any of KFC's product at KFC outlets
Step 3 : Redeem the voucher with your purchase
Step 4 : Happy eating :P
Footnote : Read term & condition as well
Monday, December 12, 2011
Sunday, December 11, 2011
Friday, December 9, 2011
Wednesday, September 28, 2011
3 in 1 - Part I
Entry kali ni zero nak simpan 3 cerita dalam 1 entry. Pasal raya, jalan² main air & karnival kuda.
Cerita Pertama :
Pejam celik pejam celik kita sudah berada di penghujung bulan Syawal tahun 1432H. Alhamdulillah seronok & meriah rasanya raya tahun ini. Seronok beraya dengan anak, suami, keluarga & juga kawan². Terasa ada sedikit perbezaan dengan tahun² lalu. Perbezaan yg paling ketara :
1. tiada seorang pun tetamu ke rumah kami w/p keluarga :(
2. tiada open-house seperti tahun² lepas
3. lebih banyak munculkan diri ke rumah orang
Ini boleh kata agak di luar kebiasaan. Biasanya kalau raya, kami akan buat open-house secara kecil²an panggil kawan² terdekat. Tapi tahun ini tiada keraian di rumah kami. Alasan Utama? Malas nak masak. Kalau nak panggil catering pulak, budget agak kurang. So kata en.husband, kita closed-house tahun ini. Tapi tidak bermakna kami tutup terus pintu rumah kerana niat kami masih ingin menerima tetamu yg sudi. Tinggal lagi ada yg bercadang utk hadir, tp pada firasat kami kekangannya adalah jadual masing². sudahnya, tiada seorang pun yg kelihatan depan pintu rumah kami. Dan keadaan jadi lebih tragis bila keluarga dari kampong pun tidak sempat datang menjenguk seperti kebiasaan. Sudahnya kuih muih di rumah, kami sendiri yg perlu perhabiskan *hahahahaaa* insyaAllah kami pasang niat utk extand open-house ke tahun hadapan kalau ada rezeki lebih.
Gambar raya di ofis zero :






Cerita Pertama :
Pejam celik pejam celik kita sudah berada di penghujung bulan Syawal tahun 1432H. Alhamdulillah seronok & meriah rasanya raya tahun ini. Seronok beraya dengan anak, suami, keluarga & juga kawan². Terasa ada sedikit perbezaan dengan tahun² lalu. Perbezaan yg paling ketara :
1. tiada seorang pun tetamu ke rumah kami w/p keluarga :(
2. tiada open-house seperti tahun² lepas
3. lebih banyak munculkan diri ke rumah orang
Ini boleh kata agak di luar kebiasaan. Biasanya kalau raya, kami akan buat open-house secara kecil²an panggil kawan² terdekat. Tapi tahun ini tiada keraian di rumah kami. Alasan Utama? Malas nak masak. Kalau nak panggil catering pulak, budget agak kurang. So kata en.husband, kita closed-house tahun ini. Tapi tidak bermakna kami tutup terus pintu rumah kerana niat kami masih ingin menerima tetamu yg sudi. Tinggal lagi ada yg bercadang utk hadir, tp pada firasat kami kekangannya adalah jadual masing². sudahnya, tiada seorang pun yg kelihatan depan pintu rumah kami. Dan keadaan jadi lebih tragis bila keluarga dari kampong pun tidak sempat datang menjenguk seperti kebiasaan. Sudahnya kuih muih di rumah, kami sendiri yg perlu perhabiskan *hahahahaaa* insyaAllah kami pasang niat utk extand open-house ke tahun hadapan kalau ada rezeki lebih.
Gambar raya di ofis zero :








Terpaksa To Be Continue in Part II disebabkan size file yg besar :P
Friday, September 9, 2011
Hobby Terbaru Cik Irdina...
lately baru sedar cik irdina suka sgt dengar lagu. ceritanya, pernah skli cik irdina menanggis +1tahun kami hulurkan HP & buka kan lagu terus dia senyap. beberapa kali kami buat benda yg sama. akhirnya cukup suka dia main dengan HP.
sampai pernah sekali dlm shopping mall cik irdina meragam, kami cuba apply benda yg sama iaitu buka lagu di HP biar dia peggang & dengar alhamdulillah 10-15minit kami sorong dengan stroller pun diam seribu bahasa saja w/p yg kami putarkan masa itu alunan ayat² suci. mcm ni kan bagus sayang, senang ummi & daddy lepas ini sbb dah ada umpan utk diberi *heh*
semalam tergelak² kami tengok gelagat anak dara kami sorang ni. pantang lepa, cik irdina akan bagi HP pada zero/en.husband sambil goyang² kaki tanda minta dibuka lagu. Ini aksi si tenit sorang,
* archieve buat Nur Irdina Amani
Thursday, September 8, 2011
Hari Raya ke-3, Kami Bertiga...
Hurmmm sudah agak lama menyepi & meninggalkan belog ku ini. Bukan sehari atau seminggu, tp hampir berbulan² lamanya sekali sekala muncul sekali. Alasan ??? Kesibukan² + kemalasan²… Sabar jelah kan :) Sudahnya, belog ditinggalkan bersawang. Jadi banyak memori suka duka tidak sempat disimpan rapi di sini. X mengapa, zero akan terus bersemangat dan terus beranggan² sehangat tahi ayam utk mengupdate belog ku ini at least seminggu sebulan sekali. Oppsss, bole ke zero? *heh*
Alhamdulillah, puasa 1 bulan sudah pose 1 bulan u ols, solat pn x cuti sejak preggy almost 2 years dulu tuh. apakah? tetttttt raya pun sudah. maksudnya berbelanja sudah kini pokai lah sudah *heh* Seperti biasa, bila tiba musim raya seronok bershopping sakan lagi² bila sudah ada baby sendiri. Bayangkan baju ibu & ayah cukup 2-4pasang, tp baju dia melebihi org dewasa. 7set baju & jeans shja utk dia. Itu belum kira dress lagi. inilah lumrah yg dihadapi oleh ibu² & ayah² di atas muka bumi ini. kejenya asyik shopping utk si anak. budget utk diri sendiri kurang pn dh x kesah. anak oh anak! so bila bershopping sakan, lepas raya senyap & sanggap lah jawabnya :)
Raya tahun ini kami beralih angin bila buat pertama kalinya beraya di sebelah en.hubby iaitu Johor/Singapore terlebih dahulu. Banyak perbezaannya beraya di kawasan taman perumahan lagi² bila dikelilingi org² cina (side en.hubby) & juga kampung (side zero). Perbezaan yg cukup ketara dari segi masakan, adat & kemeriahan. Tapi bagi zero, kemeriahan tetap boleh dirai jika kita sekeluarga pandai menghidupkannya. At the end of the day, mana² pun sama je :) Tp the best part is, en.hubby ada kata atas sebab² tertentu lepas ni kami akan beraya di Melaka terlebih dahulu. itupun kalau nasib baik en.hubby x ubah fikiran*yahoo*
Utk tahun ni kami 3 beranak ambil tema pink ala² belacan. kalau ikutkan zero bukan lah si penggemar warna pink, tp entah mcm mana blh tersangkut lah plk. mungkin alasan yg paling kukuh zero blh kata sbb nak samakan tema dengan side zero yg semuanya pink. pink pink pinkcmm geli² je rasa tp bila dh pakai sedondon serius rasa nmpk menarik plk tema kali ni especially utk en.hubby, nmpk sesuai gitu auuuwww
Kemeriahan raya keluarga kecil kami berduakonon cukup sekadar malam raya sehingga raya ke-2 sahaja. selebihnya seolah-olah tiada lagi raya. bagi zero both side keluarganya kecil² belaka, suami 3beradik zero 3beradik plus 4+3 adik beradik tiri yg baru meningkat remaja. sebelah emak zero 5beradik & sebelah emak en.hubby juga 5beradik. sudahnya, sedara mara pun sekerat aje. kalau sedara mara & sepupu sepapat yg ramai confirm meriah. mungkin jgk kena tunggu kami adik beradik bercucu cicit baru lah terasa keriuhannya *x sabar*
raya kali ni, total rumah yg kami ziarah raya @ johor = 2 rumah, singapore = 3 rumah & melaka = 5 rumah. Tp alhamdulillah total collection raya cik irdina rm518*yeay blh shopping lg* wpun tahun ini collection si tenit kurang 1x ganda dari tahun lepas sbb baru lahir x pe, itu pun dh syukur sgt² sbb blh tambah collection tahun lepas :) as usual bab duit biar daddy yg uruskan *so please topup dlm account irdina ye B*
tp yg sedikit sadis & tragis, beraya punya raya blh plk terleka nak snap² gmbr sgt. yg ada pn ciput 5 -6keping dr camera family. yg paling frust sbb raya pertama di johor makanya smpi terlupa nak snap gambar dgn family sebelah melaka. aduhaiiiii sob sob sob *kuciwa* utk side melaka jgn kecil hati ye serius saya terlupa *ampun*
Jom layan jela apa yg ada,
Alhamdulillah, puasa 1 bulan sudah
Raya tahun ini kami beralih angin bila buat pertama kalinya beraya di sebelah en.hubby iaitu Johor/Singapore terlebih dahulu. Banyak perbezaannya beraya di kawasan taman perumahan lagi² bila dikelilingi org² cina (side en.hubby) & juga kampung (side zero). Perbezaan yg cukup ketara dari segi masakan, adat & kemeriahan. Tapi bagi zero, kemeriahan tetap boleh dirai jika kita sekeluarga pandai menghidupkannya. At the end of the day, mana² pun sama je :) Tp the best part is, en.hubby ada kata atas sebab² tertentu lepas ni kami akan beraya di Melaka terlebih dahulu. itupun kalau nasib baik en.hubby x ubah fikiran
Utk tahun ni kami 3 beranak ambil tema pink ala² belacan. kalau ikutkan zero bukan lah si penggemar warna pink, tp entah mcm mana blh tersangkut lah plk. mungkin alasan yg paling kukuh zero blh kata sbb nak samakan tema dengan side zero yg semuanya pink. pink pink pink
Kemeriahan raya keluarga kecil kami berdua
raya kali ni, total rumah yg kami ziarah raya @ johor = 2 rumah, singapore = 3 rumah & melaka = 5 rumah. Tp alhamdulillah total collection raya cik irdina rm518
tp yg sedikit sadis & tragis, beraya punya raya blh plk terleka nak snap² gmbr sgt. yg ada pn ciput 5 -6keping dr camera family. yg paling frust sbb raya pertama di johor makanya smpi terlupa nak snap gambar dgn family sebelah melaka. aduhaiiiii sob sob sob *kuciwa* utk side melaka jgn kecil hati ye serius saya terlupa *ampun*
Jom layan jela apa yg ada,
Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Kami Pinta.
Iklas dari,
Imran
Ayu
Irdina
Friday, August 26, 2011
AURAT WANITA
Salam,
Lama beno rasanya tidak mengupdate belog picisan ku ini. Tengah dalam 'mood' raya, hati tiba² rasa terdetik utk menulis pasal aurat wanita esp utk menghadapi sanak saudara di hari mulia ini. Rasa ianya sangat sesuai utk rujukan zero juga kawan² blogger yg lain. Let's check it Out!
In general, apabila seorang wanita berkahwin dgn seorang lelaki maka mahramnya HANYALAH :
1. suami
2. bapa suaminya (mertua)
3. datuk suami
4. anak suami (anak tiri)
5. cucu suaminya (termasuklah cicit)
Bukan mahram si isteri :
1. adik/abang kpda suami (adik/abang ipar)
2. anak saudara kpda suami
3. bapa saudara suami
Tambahan kepada itu,
AURAT WANITA DGN WANITA ISLAM --> di antara pusat dan lutut
AURAT WANITA DGN WANITA BUKAN ISLAM --> sama seperti aurat bersama lelaki ajnabi
AURAT WANITA DGN HAMBA --> jikalau hambanya perempuan maka hukumnya adalah menyerupai auratnya bersama para wanita yang lain tetapi jikalau hamba tersebut adalah lelaki maka mengikut pendapat yang paling tepat, auratnya wajib ditutup sama seperti ketika dia berhadapan dengan seorang lelaki ajnabi
AURAT WANITA DGN PONDAN --> sekiranya fitrah kejadian pondan terbabit adalah semulajadi maka hukumnya adalah sama seperti auratnya ketika bersama muhrimnya yang lelaki iaitu selagimana pondan tersebut masih kekal begitu dan tidak berubah nalurinya menjadi bernafsu
AURAT WANITA DGN KANAK² --> sekiranya kanak-kanak tersebut belum mumayyiz dan belum bernafsu maka hukumnya ialah sama seperti hubungan sesama wanita iaitu dibenarkan auratnya dilihat oleh-kanak-kanak tersebut melainkan pada bahagian di antara pusat hingga ke lutut Akan tetapi sekiranya kanak-kanak itu sudah pun mumayyiz dan bersyahwat maka hukumnya adalah sama seperti ajnabi
AURAT WANITA BERSENDIRIAN --> Pada dasamya, umat Islam dilarang daripada tidak berpakaian sekalipun ketika berseorangan tetapi dibenarkan jikalau keadaan memerlukan begitu seperti ketika berada dalam bilik air untuk mandi atau membuang air. Ini berdasarkan Hadis sahih yang menerangkan bahawa Nabi Musa dan Ayub a.s. pernah mandi tanpa mengenakan kain basahan sedang Nabi s.a.w. ketika menyatakan hal ini, baginda hanya berdiam diri sahaja. Oleh itu, haram tidak berpakaian ketika bersendirian tanpa apa-apa keperluan, makruh tidak berpakaian ketika mandi dan diharuskan ketika membuang air
Di samping itu, kita sebagai wanita harus menjaga perkara tersebut,
1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan
3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang
4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka
5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya
6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu
7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja
8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya
9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi
11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti
wallahu'alam
Friday, July 8, 2011
Ibu Bapa & Anak
Anak² merupakan salah satu daripada anugerah terindah dari Allah kepada manusia. Tidak dapat dinafikan, kehidupan rumahtangga pasti akan menjadi lebih ceria & menyeronokkan dengan kehadiran anak².
Oleh itu ibu-bapa perlu sedar, bahawa anugerah ini juga datang dengan satu tanggungjawap yang cukup besar iaitu tanggungjawab untuk mendidik + membentuk si anak agar menjadi seorang insan yang berguna.
Nota Kaki : Semoga kami berdua cekal & bijak untuk mendidik Cik Irdina menjadi anak yang baik, bijak & solehah. Amin...
Thursday, June 2, 2011
1st Jun 2011 = 10 months old
Salam,
Cik Irdina sudah masuk 10 bulan. Tapi beliau :
* baru ada 1 gigi
* rambut ada yg tak tumbuh lagi
* jalan masih tak reti²
* badan kurus sekali sampai baju 6bln pun masih boleh dipakai lagi
Dan,
* minum BM 70%-80% & 20-30% FM
* masih tak makan ikan / daging / ayam
* kosa kata “pa”, “ma”, “ta”, “ba”, “da” & “di” shja
Gambar Cik Irdina umur 10bln,

Ok sayang, daaaaa...
Thursday, May 19, 2011
9 Bulan 18 Hari...
Salam,
Setiap hari bekerja, kami terpaksa meninggalkan Cik Irdina di nursery. Jadinya tiap kali juga lambaian tanggan dengan ucapan "TA TA" keluar sebelum kaki melangkah pergi. Rutin yang sama hampir mencecah 8bulan dan sayangnya ianya tanpa reaksi balas dari Cik Irdina.
Seperti ibu dan ayah yang lain, hari ke sehari jauh disudut hati kecil kami mengharapkan satu tindakan balas dari anak tersayang sebagai tanda mereka mula belajar sesuatu.
Tanpa rasa bosan dan jemu, kami terus terusan mengharapkan sesuatu dari Cik Irdina. Dan akhirnya, zero seperti percaya tak percaya apabila Cik Irdina angkat tanggan dan mula mengoyang²kannya saat kami harus pergi. Terkesima seketika sblm maklumkan pada en.asben. Kami teruja!!! YES! Cik Irdina sudah mula belajar benda baru...MELAMBAI...
Keep it up sayang...
Thursday, May 12, 2011
Bulan Ke-9...
Alhamdulillah masuk bulan ke-9 banyak progress baru dari Cik Nur Irdina Amani.
i) 9bulan 7hari = berdiri tanpa support & tepuk tanggan tanpa bunyi
ii) 9bulan 10hari = keluar gigi pertama
Syukur, Well done sayang…
Daddy nak awak cepat berJALAN plk supaya senang kalau kita nak pergi jalan² nnt. Bagi ummi, biar lambat asalkan semua selamat.
Apapun yang paling penting ummi & daddy doakan Irdina supaya membesar dengan sihat & jadi anak yang baik, dengar kata, hormat orang tua, solehah. AMIN…
*** video tepuk tanggan masih tak sempat ambil sebabnya irdina buat terlalu sekejap. mgkin weekend ni blh cuba lg
Thursday, May 5, 2011
Tentang, Apa Rasa Hati?
Salam
Hari ni zero nak tulis & simpan memori di sini tentang apa rasa hati zero ketika ini.
Ceritanya, tiba² & tak semena-mena semalam (4hb Mei 2011) hati zero bersuara, *saya perlukan kerja / profession baru". Adoiii, hati oh hati kenapa ni agaknya. Cer cite cer cite :P
Benda ni tiba² terlintas dalam benak zero masa dalam perjalanan ke tempat kerja. Sampai je di ofis, sempat lagi merenung panjang sebelum call en.asben utk ceritakan apa yang zero fikir & rasa.
Katanya, if nak tukar profession he said "NO". tapi kalau nak tukar kerja he said "YES". Tapi... secara jujurnya en.asben tetap tidak mengalakkan sekiranya zero mahu meninggalkan syarikat yg sekarang.
Hurmmm... hakikatnya ini bukan perkara mudah. Sebab pada zero syarikat sekarang sudah cukup bagus dari segi persekitaran & faedah²nya, cuma jujurnya skop kerja yang membuatkan zero tidak suka & sedikit tertekan.
Jadi zero perlu fikir dalam² & pajang² sebelum ambil sebarang tindakan & keputusan. Harapan zero DIA akan beri petunjuk apa yang perlu zero lakukan. Amin...
Thursday, April 21, 2011
Cer Cite Cer Cite...
Salam
Lama sungguh tak mengupdate ini belog. Haduiiiiii sungguh malas ini perempuan. Chop 3x bukan malas okeh, tapi lazy sikit je :) So, kali ini mau kasi update ini belog supaya semua memori suka duka tersimpan rapi di sini.
Kalau cerita pasal anak :
Sehingga hari ini anak masih lagi satu iaitu Nur Irdina Amani N usianya sudah pun genap 8bulan 20hari hari ini. Irdina masih mengunakan khidmat susu badan UMMInya w/p bukan secara ekslusif tapi separa ekslusif. Apapun tetap syukur pada rezeki susu yang masih ada, Alhamdulillah… Skala penyusuan 8 : 2 yang mana 8 utk susu badan (BM) & 2 utk susu formula (FM). Okehlah tuh :) w/p hakikatnya zero agak frust juga pada mulanya kerana tak mampu 100% membekalkan BM secara ekslusif pada my princess sehingga 2 tahun. Tapi kata en.suami padazero jgn “stress” kalau itu je rezeki utk kita *TQ b*, jadi zero belajar utk redha dengan apa yang ada.
Sehingga hari ni, Irdina masih pada tahap yang sama iaitu berdiri dengan sokongan lah tapi (sejak 6bln ++), merangkak (+- 7bln) & duduk tanpa sokongan (+- 7bln). Perkataan pertama yang keluar dari mulut Irdina secara sengaja atau tidak adalah “Mama” pada 6bln 2hari N kemudian “Papa” pada usia 7bln 16hari. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini atau dengan kata lain sudah hampir 2bln Irdina tanpa pergerakan yang baru. Makanya ummi & daddy sudah excited mahu lihat next step. N yang paling ketara daddy Irdina yang sangat 2x tidak sabar nak Irdina berjalan. Hari 2x daddy kasi remind Irdina supaya cepat jalan, motifnya sebab bulan 11 kami mahu berjalan.
Layan video sikit,
Kalau ikutkan Irdina baru je discharge dari hospital kerana demam panas (38 – 39) berpanjangan selama 5hari & doc kata bronchitis. Admitted dari 14-17hb April 2011 & waktu itu daddy Irdina berkhusus selama 10 hari.
Symptom bronchitis 4 baby
1. Batuk berpanjangan & menyebabkan kahak berwarna putih pekat/kuning/hijau
2. Demam
4. Susah bernafas
5. Wheezing
Treatment
1.Nebulizer
2.Inhaler
3.Ubat batuk
4.Minum byk air masak
5.Jauhkan diri dari perokok/binatang peliharaan yg berbulu :)
Layan gambar Irdina masa admitted




Alhamdulillah after treatment & makan ubat, last week masa buat follow up doc kata Irdina dh come back to normal.

Adoiii rasa terbeban juga bila terpaksa menguruskan anak sendirian. Pada zero, pepatah lelaki & wanita diciptakan utk saling melengkapi & memerlukan adalah fakta belaka.Memang payah kalau terpaksa berulang alik ke klinik selama beberapa hari secara solo, kemudian terpaksa bawa Irdina ke hospital & kami duduk berdua sahaja ketika di hospital. Terasa juga seolah-olah patah sebelah kaki bila ketiadaan suami. Nasib ada kekuatan di situ. Lagipun zero memang jenis suka bergerak secara solo kerana CEPAT & PANTAS.
Kalau cerita pasal hidup :
Kami bertiga baru je ditimpa satu musibah yang nak kata berat tidak juga., tapi yang pasti Allah beri musibah itu masih pada kemampuan kita *kata en.asben*. Kisahnya kereta kami kena so-called pecah jgklah masa Irdina admitted di “Hospital G”. Kejadian berlaku pada hari ke-3 Irdina admitted iaitu pada 16hb April 2011. Kereta berada di basement parking & siang buta time tu okeh! Some more CCTV ada di merata sudut dalam itu basement. Berdasarkan rakaman CCTV, kejadian berlaku selepas 1jam ¼ kereta kami masuk parking dan dalam masa yang sama ada lagi sebuah kereta jenis yang sama juga menjadi mangsa. Sudahnya barang dalam bonet belakang kereta kami termasuk laptop *cabuk lah tapi – zaman U*, travel beg yang complete dengan baju & seluar keje+baju jalan + kasut keje & kasut jalan + pakaian dalaman + kunci rumah & kunci motor + stroller Irdina dirembat si pencuri durjana. Sakitnya hati kami DIA saja yang tahu. Apapun hati kena redha dengan takdir dariNYA, mungkin ada hikmah di situ.
Kalau cerita pasal kerja :
Kalau tanya zero kerja tak akan pernah habis sampai mati :) Kerja di ofis, kerja di rumah, kerja sebagai isteri, kerja sebagai ibu, kerja sebagai hambaNYA dll Kerja oh kerja… Jadi prinsip zero, buat je semua kerja dengan COOL@SLUMBER & yang jgn sesekali STRESS. InsyaAllah tenang lah kesudahannya.
Ok itu je update dari zero, apapun hidup mesti diteruskan. Peace : )
Monday, April 18, 2011
Come Back...
Salam,
Hishhhh bersawang sungguh keadaan di sini, sangat keKURANGan masa + keKURANGan daya. So mulai hari ni, 18hb April 2011 zero mahu aktif semula menulis di blog ini untuk menyimpan segala memori.
Macam-macam benda terjadi lately N akan zero kongsikan kemudian. InsyaAllah...
N ada latest pic Nur Irdina Amani & daddynya (last saturday)

Wednesday, March 2, 2011
Update & Resipi
Lama rasanya tidak menulis dalam blog ku yg satu ini. Rasa agak keBUSYan kebelakangan ni... Aduiii sudah mula ada rasa nak mengeluh, sabar jela. Apa yg pasti ketika SAAT & JAM ini, zero berada dalam keadaan RESAH + TAKUT + LETIH & kadang kala BOSAN juga dengan keHIDUPan hari ini.
RESAH + TAKUT, kenapa?
Bila rumah jiran zero (selang serumah) telah dirompak pagi 1hb Mac. Habis kereta & barang² dalam rumah tersebut dirembatnya. Mmg dasar perompak tamak!!! Jadi kini kami bertiga dalam keadaan keRESAHan + keTAKUTan dengan keselamatan kami. N impaknya tidur kami tidak seLENA biasa. So WAJIB utk pasang alarm sebagai langkah berjaga-jaga. Dengan harapan ADT dapat membantu seCEPAT yg mungkin. TAKUT!!!!!!!!
LETIH, kenapa?
Bila perlu menjadi pembonceng setia suami tiap² hari. Juga bila perlu menjadi pekerja & suri rumah dalam masa yg sama. Tp tak mengapa demi suami & anak terCINTA kuGAGAHkan juga diri ini.
RESAH + TAKUT, kenapa?
Bila rumah jiran zero (selang serumah) telah dirompak pagi 1hb Mac. Habis kereta & barang² dalam rumah tersebut dirembatnya. Mmg dasar perompak tamak!!! Jadi kini kami bertiga dalam keadaan keRESAHan + keTAKUTan dengan keselamatan kami. N impaknya tidur kami tidak seLENA biasa. So WAJIB utk pasang alarm sebagai langkah berjaga-jaga. Dengan harapan ADT dapat membantu seCEPAT yg mungkin. TAKUT!!!!!!!!
LETIH, kenapa?
Bila perlu menjadi pembonceng setia suami tiap² hari. Juga bila perlu menjadi pekerja & suri rumah dalam masa yg sama. Tp tak mengapa demi suami & anak terCINTA kuGAGAHkan juga diri ini.
Monday, February 21, 2011
BELANGA @ The Garden MV
Salam
Sj berKONGSI keSUKAan zero yg 1st time makan kat BELANGA @ The Garden (dicadangkan oleh Cik Sofea) last 2weeks masa berGATHERing dgn kawan² universiti. Sebab zero SUKA makan di BELANGA???
1. Makanan, Minuman & Dessert yg superb
3. Tempat Menarik
4. Service Cekap & Pantas
SeTAHU zero, kedai ni dimiliki oleh org KELANTAN. Jd semestinya menu juga tidak boleh lari dari makanan yg bercirikan keTIMURan yg mana BELANGA menyediakan makanan ala² MELAYU KELANTAN cthnya Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Tumpang dll Cuba Tengok Sini
Sj berKONGSI keSUKAan zero yg 1st time makan kat BELANGA @ The Garden (dicadangkan oleh Cik Sofea) last 2weeks masa berGATHERing dgn kawan² universiti. Sebab zero SUKA makan di BELANGA???
1. Makanan, Minuman & Dessert yg superb
3. Tempat Menarik
4. Service Cekap & Pantas
SeTAHU zero, kedai ni dimiliki oleh org KELANTAN. Jd semestinya menu juga tidak boleh lari dari makanan yg bercirikan keTIMURan yg mana BELANGA menyediakan makanan ala² MELAYU KELANTAN cthnya Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Tumpang dll Cuba Tengok Sini
Wednesday, February 16, 2011
Stroller
Sejak dua menjak ada Bb sendiri ni, jelas kegilaan zero sudah ke arah barangan si Bb dan bukan lagi keperluan sendiri. Ini mmg tak dapat nak dinafikan, sama je mcm ibu² yg lain. Utk saat & ketika ini, kegilaan zero adalah pada stroller. Kisahnya stroller utk our dotter mmg sudah ada, tinggal lagi kami mahu cari stroller yg lebih selesa.
Alasan?
Irdina sudah tidak mahu duduk diam² N start to cranky dalam strollernya bila bertukar dari stroller A a.k.a pram (below 6mos) ke stroller B (above 6mos)
Stroller A (Pram) below 6mos --> MAXI COSI attached to QUINNY ZAPP frame
Alasan?
Irdina sudah tidak mahu duduk diam² N start to cranky dalam strollernya bila bertukar dari stroller A a.k.a pram (below 6mos) ke stroller B (above 6mos)

Thursday, February 10, 2011
Variety :)
Salam,
Setelah dinasihatkan oleh Pn Cik Cip Puding a.k.a Pn Ummu Marwan, zero telah cuba mempelbagaikan makanan utk my dotter utk minggu ni supaya :
1. Irdina tak cepat bosan dgn hidangan yg sama
2. Irdina pandai/dapat membezakan jenis² makanan
3. Zero dapat mengenal pasti jenis makanan yg kurang sesuai utk my dotter
Credit to Pn. Ummu Marwan :)
Puree Kiwi
Setelah dinasihatkan oleh Pn Cik Cip Puding a.k.a Pn Ummu Marwan, zero telah cuba mempelbagaikan makanan utk my dotter utk minggu ni supaya :
1. Irdina tak cepat bosan dgn hidangan yg sama
2. Irdina pandai/dapat membezakan jenis² makanan
3. Zero dapat mengenal pasti jenis makanan yg kurang sesuai utk my dotter
Credit to Pn. Ummu Marwan :)

Sunday, February 6, 2011
Jabatan Akauntan Negara ---> Bank Rakyat
Walaupun cerita sudah hampir basi, zero tetap ingin membuat entry ni kerana niat di hati sekadar ingin menyimpan memori di sini. En.asben telah berhijrah dari Jabatan Akautan Negara a.k.a AG ke Bank Rakyat sekaligus merubah profilnya dari Akauntan ---> Auditor.
Hari² terakhir beliau di AG
Bersama Rakan² Sepejabat
Hari² terakhir beliau di AG

Monday, January 31, 2011
6 Month --> Solid Food
Thursday, January 27, 2011
Wednesday, January 26, 2011
Your Bb's Bone Clicking ???
Salam,
Entry ni saja nak share dengan semua especially untuk yang ada Bb kecil mcm zero ni. Korang² berpengalaman tak terdengar macam tulang Bb berbunyi ??? Serius tulang Bb memang kadang tu boleh keluarkan bunyi tau. Tak percaya ? Cuba perhatikan kot la ada berlaku kat ur Bb :)
Macam Bb zero sendiri la kan, benda ni tak sentiasa tapi ada. Kadang² time nak tukar diapers, kadang² time nak angkat Bb dari posisi baring & kadang² time dok main² dengan dia pun boleh bunyi.
Monday, January 17, 2011
Eczema a.k.a Kurap Susu
Salam,
Choop! Kih Kih Kih ...
Saja nak kongsi yg mana zero secara tiba² nak tukar gelaran our dotter Nur Irdina Amani dari Amani --> Irdina berkuat kuasa hujung minggu lepas. Alasanya? Entah, saja. Bole? Actually daddynya mmg panggil Irdina cuma zero saja yg panggil Amani. Entahlah skg pulak tiba² rasa hati ni terdetik nak tukar Amani (cita²) --> Irdina (kehormatan kami). Lgpun rasanya masih belum terlewat, so zero ikut kata hati ;) Oppsss itu baru mukadimah ye, kih kih kih kih...
Sebenarnya zero post entry ni sbbnya nak tanya kawan² blogger yg mungkin ada pengalaman/ada ilmu dari membaca pasal baby yg ada eczema a.k.a kurap susu kot. Boleh klick kat sini. Actually benda ni jadi pada my dotter.
Friday, January 14, 2011
Kini Pawagam Di Rumah Anda ---> Astro First
Salam semua
Perasan tak bermula 13hb Jan 2011 Astro ada menawarkan pakej baru Astro First yg mana sesetengah filem di pawangan boleh d'tonton di rumah anda cepat & mudah.
Bayangkan hanya dengan RM15 untuk 1filem, anda boleh menonton filem² Melayu yg masih baru a.k.a masih fresh d'pawagam dari kaca tv rumah anda melalui Saluran Astro 480. Menarik 2x! Berbaloi :) Lagi² kalau tengok pulak ramai² seisi keluarga dgn harga RM15 berbanding RM12/kepala utk tengok d'pawagam.
Astro First d'rumah anda cepat & mudah. Caranya :
1. Buka saluran 480 dari tv rumah anda dan & pilih filem yg hendak d'tonton melalui menu yg disediakan
2. Tekan butang OK setelah membuat pilihan
3. Anda akan diberi 'code' utk d'sms ke 32999 & kemudian boleh sahkan tempahan anda
Pendapat zero :
1. Idea baru yg bagus dari pihak Astro
2. Murah utk tonton ramai² seisi keluarga
3. Mudah bagi mereka yg punya anak kecil dan sukar ke pawagam (mcm kami)
4. Astro perlu improve jenis & jumlah tayangan cth : sediakan cerita² orang putih jg
Wednesday, January 12, 2011
10.01.11 ...
Salam,
Usia saya meningkat lagi pada tarikh 10hb Januari 2011 ke angka 26 tahun. Issh issh issh masih terlalu muda & perjalanan masih panjang, tapi sudah ada anak & laki. Itu namanya rezeki ;)
Pada zero bila dah meningkat usia ni, rasanya sudah kurang perasaan nak celebrate dan sebagainya. Cuma cukup sekadar ada yg ingat. Keadaannya sangat jauh beza jika dibandingkan ketika zaman kanak² dan zaman universiti yg semestinya happening. Tiba² teringat pula zero pada suprise yg dibuat oleh kawan² di UNITEN. 2x zero d'suprise dan memorinya masih segar di ingatan zero. Pada intan, niz, fairuz, fast, yus, jihan dll sayang korang semua. Teringin juga utk upload gambarnya utk tatapan masa depan tp semua sudah dimusnahkan oleh virus² jahat komputer :(
Usia saya meningkat lagi pada tarikh 10hb Januari 2011 ke angka 26 tahun. Issh issh issh masih terlalu muda & perjalanan masih panjang, tapi sudah ada anak & laki. Itu namanya rezeki ;)
Pada zero bila dah meningkat usia ni, rasanya sudah kurang perasaan nak celebrate dan sebagainya. Cuma cukup sekadar ada yg ingat. Keadaannya sangat jauh beza jika dibandingkan ketika zaman kanak² dan zaman universiti yg semestinya happening. Tiba² teringat pula zero pada suprise yg dibuat oleh kawan² di UNITEN. 2x zero d'suprise dan memorinya masih segar di ingatan zero. Pada intan, niz, fairuz, fast, yus, jihan dll sayang korang semua. Teringin juga utk upload gambarnya utk tatapan masa depan tp semua sudah dimusnahkan oleh virus² jahat komputer :(
Monday, January 10, 2011
YAhooo ...
Salam,
Ingat tak post ini entry yg zero buat khas utk join contest dari blog Munyra Azme.
Tak sangkalah gambar kami bertiga terselit utk menang kategori. Check it out, Lain² pemenang. Thanks to Munyra & Alhamdulillah menang jgk walaupun bukan untuk grand prize. Jom cuci mata tengok pemenang grand prize yg pada zero gambar ni mmg layak utk jadi pemenang. Sempoi & Slumber ;) Tahniah!
Cantik ke ...
Salam,
Thanks to my blogger fren Lina Rahim untuk award ni. Rasa macam kurang layak je, tp orang dh kasi ambil jela kan ;) Thanks lina.

Okies,
favourite artist/singer/group:
Lisa Surihani, Yuna, Maroon 5
Tag 5 orang blogger utk menerima award ini:
1. Nasuha Salleh
2. Fairuz Shahida Sulaiman
3. Nur Nadiah Hamdan
4. Munyra Azme
5. Hafidzah Hafidz
Sekian
Thanks to my blogger fren Lina Rahim untuk award ni. Rasa macam kurang layak je, tp orang dh kasi ambil jela kan ;) Thanks lina.

Okies,
favourite artist/singer/group:
Lisa Surihani, Yuna, Maroon 5
Tag 5 orang blogger utk menerima award ini:
1. Nasuha Salleh
2. Fairuz Shahida Sulaiman
3. Nur Nadiah Hamdan
4. Munyra Azme
5. Hafidzah Hafidz
Sekian
Subscribe to:
Posts (Atom)