Monday, February 8, 2010

Isabella & Isabel

Masih ingat tak entry saya pada 15 Disember 2010 bertajuk '1st Anniversary' yang menceritakan tentang anak angkat kami?Sebenarnya anak angkat yang kami maksudkan bukanlah manusia tetapi seekor kucing ;) Jangan marah kawan2 kerana tiada niat ingin menggenakan tapi itulah hakikatnya memang kami ambil dua ekor kucing itu sebagai anak angkat kami.Kami ambil dua ekor kucing kembar (betina) dari SPCA dengan harga RM100 setiap satu.



Cerita begini,
Kalau tak silap saya 5hb Disember 2009 kami menonton rancangan ‘Nasi Lemak Kopi O’ di saluran 119. Seperti biasa antara topik yang dibincangkan adalah mengenai binatang peliharaan.Kebetulan hari tersebut mereka menyiarkan mengenai SPCA yang juga dikenali sebagai Persatuan Menolong Haiwan.Mereka memaklumkan bahawa di situ terdapat pelbagai jenis binatang peliharaan yang boleh diambil sebagai anak angkat.

Hati kami tertarik untuk ke sana,jadi petang itu juga dengan perasaan teruja kami ke SPCA Ampang dengan hajat mengambil sesuatu sebagai anak angkat. Dalam fikiran kami antara kucing atau arnab la yang bakal menjadi anak angkat kami. Kami begitu bersemangat al maklumlah kami masih tidak mempunyai zuriat untuk dimanjakan.Tapi seminggu selepas mengambil dua ekor kucing tersebut,kami mendapat berita gembira yang mana saya berbadan dua.Alhamdulillah…

Inilah kucing kami yang kami beri nama Isabella (Bella) dan Isabel (Bel).Isabella kerana bersifat keperempuanan dan manja sedikit manakala Isabel kerana keagrasifannya ;)




Jadi pada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan anak angkat / binatang peliharaan terutama kucing,silalah berkunjung ke SPCA Ampang.

Thursday, February 4, 2010

Ultrasound...

Macam semua sedia maklum, saya sedang mengandung dan arini usia kandungan baru mencecah 13 minggu 5 hari.Alhamdulillah.Bukan niat untuk menghebahkan, tapi saja mahu berkongsi pengalaman.

Sudah menjadi kewajipan, setiap bulan saya akan membuat check up. Macam biasa ambil tekanan darah, ambil berat badan, scan dll. Nak dijadikan cerita, minggu lepas adalah pemeriksaan saya kali kedua. Agak teruja untuk melihat perkembangan baby kami yang dari asalnya sebegini,


(keputuasan ultrasound kali ke-1)

Kemudian, apa pula yang terjadi?


(keputuasan ultrasound kali ke-2)

Ya Allah alangkah seronoknya bila saat d'scan, baby kami sudah kelihatan cukup sifat. Kami nampak kepalanya, tanggannya dan juga kaki. Waktu itu tanggan baby kami kelihatan bergerak-gerak. Kata doktor, baby kami nampak aktif, bergerak sana ke mari. Entah kenapa rasa seronok tidak terhingga tika itu sehingga bergenang air mata.

Alhamdulillah,baby aktif. Kalau ikutkan saya pun lasak juga ketika mengandung ni. Tiada langsung alahan dll. Mungkinkah lelaki di dalamnya? Kalau benar, bersyukur kami tidak terhingga. Tidak mengapalah, semua kuasa Allah. Cuma harapan kami agar kamu sihat di dalam sana.muaaaah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...