*isteri macam TV,girlfriend macam handphone.Di rumah tngok TV pergi luar bawa hp
*xda duit,jual TV.Ada duit,beli HP baru.*kadang² sronok tngk TV,tp selalunya banyk masa habis main hp
*TV skali bayar percuma sepanjang hayat,tp hp kalau x bayar bil line akan di tamatkan
*TV saiznya besar,berat dan dah buruk.Tp hp cute,comel,ramping,bnyk butang bleh picit² dan boleh bawak kemana-mana & bila² masa
*kos penyelenggaraan TV murah je,lagipun jarang rosak.Tp hp,mak oii mahal slalu meragam plak2…
*yang sadisnya,TV ada remote control.Tp HP x da
*cuma 1je kelebihan TV,x da virus…Tp HP,huh belambak!
*jd jangan pening kepala,pilihlah TV anda.Kalau boleh ambil yg plasma,hehehe
p/s:renung-renungkan ;)
Wednesday, December 30, 2009
Tuesday, December 29, 2009
Pesanan Imam Syafie...
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan
dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara"
1: HAK KEPADA DIRI
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada
2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah
3: HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan
membantu orang yang dizalimi
4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan
nasihat menasihati
5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan
6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka
membantu orang beriman dan suka berjemaah
7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada
ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan
memperelok akhlak
8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,
bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat
9: HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,
bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan
bersaing dalam mencari keredhaan Allah
10: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Monday, December 21, 2009
Thursday, December 17, 2009
Salam Awal Muharam - 1413H
Wednesday, December 16, 2009
Semoga berjaya!
Petang ni pukul 3 petang, Mr.I akan ambil paper P3 (ACCA).Exam kali ni Mr.I tak ambil cuti seminggu sebelum macam selalu,tapi hanya ambil dua (2) hari cuti saja itupun setelah dipaksa oleh saya.Saya pun pelik kenapa!Tapi saya pasti Mr.I sudah berdebar-debar kat rumah tu,saya pun terasa debaran yang sama.Apapun,saya akan sentiasa doakan Mr.I (macam Mr.I selalu praktikkan) agar dipermudahkan dan tenang untuk exam petang ni.Semoga Berjaya Abi ;)
Monday, December 14, 2009
1st Anniversary...
12.12.2009 adalah anniversary kami yang pertama sebagai suami isteri.Walaupun anniversary untuk kali pertama tiada sebarang sambutan dan keraian.Mesti ramai yang bertanya kenapa?Bagi kami,terlalu banyak kekanggan yang dihadapi.Contohnya macam masa,budget dan banyak lagi.Kami tak ada masa sebab Mr.I ada paper Rabu ni,so Mr.I nak focus dengan ulangkaji.Kami kurang budget sebab baru je bayar tuition fees untuk master saya yang tak habis2 lagi tu ;)
Sadiskan?Tapi kalau tanya saya apa perasaan bila hari anniversary tidak dirai?Walaupun pada mulanya Mr.I janji nak ke Langkawi,tapi saya ok je.Entahlah,saya tak kisah pun.Serius!Mungkin ianya berbeza mengikut diri masing2.
Cumanya adalah kami keluar makan di Restoran Tupai-tupai.Tempatnya agak klasik dan dikelilingi hutan kecil.Kat sini kita boleh pilih samada nak makan bersila ataupun di meja.Tempatnya bersih,surau pun disediakan.Cuma saya tak berapa selesa bila banyak sangat nyamuk yang menghinggap ke kaki sementara menjamu di sana.Darah manis agaknya!Chargenya agak mahal bagi saya,RM153.00 untuk kami berdua.Dalam hati,baik candle-light kat hotel je.Tapi tak dinafikan makan memanglah teramat puas dan sedap.
Tapi yang gembiranya dan kebetulan juga,masa tarikh anniversary ni kami dapat berita baik yang sangat ditunggu-tunggu.Alhamdulillah!Akhirnya kami sudah ada berita baik untuk keluarga.Apa dia?Perlu ke diumumkan di sini?Confuse 2x!
Dalam gembira ada juga rasa terkilan bila tak sempat pun tahu berita gembira di atas,kami berkesempatan untuk ambil dua anak angkat kembar yang kami beri nama Isabella dan Isabel ;) Rasa menyesal pun ada!Sebab Mr.I kata sepatutnya saya tak boleh dekat dengan mereka berdua dalam masa ni.Tapi tak apalah ada Mr.I yang sedia untuk menjaga keperluan mereka berdua tu.Okkan Abi?
Itu jela cerita kami.Mungkin akan ada entry baru bergambar.Baru menarik sikit kan =P

Monday, December 7, 2009
Daging Masak Kicap...
Kali ni saya bukan nak bagi resipi,cuma nak berkongsi masalah yang membelenggu.Bila baca entry baru Travel and Living (Daging Masak Kicap & Kek coklat Comel)tiba-tiba teringat pula kebuntuan yang melanda.Al kisahnya begini,kebiasannya saya akan buat daging masak kicap sebegini rupa (lihat gambar di bawah) tapi suami kata dia nak daging masak kicap berkuah ala-ala ikan masak kicap.Jadi confuse saya sebab saya tak pernah buat,and mak pun tak penah masak macam tu!Jadi boleh tak sesiapa kawan-kawan yang pro memasak bagi tunjuk ajar pada saya macam mana nak buat daging masak kicap berkuah?Please!!! =P

Lisa Surihani...

Ya Allah!
Hebat sungguh ciptaan Allah ini,sungguh sempurna ;) Saya teramatlah menggagumi kecantikan insan yang bernama Lisa Surihani.Kecantikan wajah dan peribadi mencantikkan lagi keseluruhan tuan empunya diri.Bagi saya rasa Lisa pandai,cantik & sopan.Bertuah pada sesiapa yang memilikinya =P
Bila tengok Lisa,saya rasa suka sangat.Ke mana saja sering ditemani ibu tercinta.Pakaian beliau juga agak sopan.Harapan saya Lisa tidak berpura-pura dan semoga attitude sebegini kekal selamanya.
Ciyok Lisa!!
Thursday, December 3, 2009
Kegilaan bercinta zaman remaja
As usual tiap-tiap pagi masa otw ke office,saya mesti dengar Hot.Fm.Itulah rutin harian saya masa nak ke tempat kerja.Bayangkan memandu seorang diri dengan kesesakan yang dihadapi,kadang-kadang buat kita tertekan dan muziklah penenagnya ;)Secara jujurnya,saya bukanlah penggemar muzik tegar kerana mendengar untuk tempoh yang lama buat telinga saya jadi bingit. Cuma suka sangat dengar celoteh Dj especially untuk Hot Chat & panggilan hangit.Bagi saya,inilah tarikan utama untuk station ni.
Topik Hot Chat hari ni “Kegilaan Bercinta Zaman Remaja”.Topik yang sangat menarik dan saya pasti buat ramai pendengar terkenang sejarah lama.Saya juga!Anda yang lain macam mana??
Tiba-tiba teringat pulak zaman cinta remaja dulu.Secara jujurnya,saya telah melalui tiga (3) pengalaman bercinta sebelum mengakhiri zaman bujang bersama suami tercinta ;D Tiada apa yang menarik untuk dua (2) cinta yang tidak kesampaian satu ketika dulu.Yang pasti,sangat jarang bertemu!Lebih suka menghabiskan masa dengan sukan,kawan-kawan dan kadang-kadang tolong mak berniaga.Senang kata,masa muda-muda dulu saya kurang arif bercinta =P Mungkin faktor ni juga buat cinta dulu kecundang.Tapi tak mengapa sebab tiada lansung kekesalan yang saya rasa hari ini.
Mengimbau semula “Kegilaan Bercinta Zaman Remaja” dengan suamiku,bisa buat saya tersenyum.Ada suka,ada duka.Kami sama-sama berada dalam universiti yang sama.Secara tepatnya,si suami sudah mula memerhatikan saya dua (2) semester sebelum itu lagi tanpa saya sedari.Saya mula sedar hanya selepas seorang kawan (Aisha Yusof) memberitahu,katanya;kenapa abang comel tu (suamiku) asyik pandang kita je bila jumpa?Jawabku,entah-entah dia minat ko tu ;)
Bulan berganti bulan akhirnya kami bersatu jua pada 4.08.2004.Yang tragisnya saat itu,sebenarnya kami sudah ada cinta hati masing-masing tanpa disedari.Maksudnya,saya tak tahu suami sudah dimiliki hatinya dan dia juga tidak tahu yang hati saya sudah dimiliki. Akhirnya hati kami bersatu jua kerana secara senyap masing-masing melepaskan cinta lama.Itulah yang dikatakan kegilaan cinta kami berdua =D
Adakah saya dan suami bersalah dalam hal ini??Sedangkan masing-masing tidak langsung tahu akan kewujudan cinta lain antara kami berdua.Adakah patut kami dilabel sebagai perampas?
Maafkan kami A,maafkan kami Y!
Apapun,betul hakikat bahawa jodoh kita memang sudah ditetapkan.Akhirnya dengan bantuan kawan-kawan seuniversiti,kami berkenalan,bercinta (4.08.2004),bertunang (11.11.2007) dan berkahwin (12.12.2008) akhirnya.Alhamdulillah!
**Terima kasih buat suami sebab bagi saya dialah yang lebih banyak berkorban dalam cinta kami berdua baik masa bercinta sehinggalah kini.Paling tak akan saya lupakan,bila zaman bercinta dulu beberapa kali juga suami sanggup meredah hujan panas untuk datang menjenguk saya di Melaka (semasa itu saya cuti semester & dia baru mula bekerja di KL) dengan hanya menaiki motorsikal Honda EX5 padahal ada khidmat bus.Dalam hati saya mungkin suami ingin menunjukkan kesungguhan beliau pada saya dan keluarga =P Sekarang pun,kerap juga suami datang dari Putrajaya ke office saya semata-mata ingin makan bersama pada hari Jumaat.Harap pengorbanan sebegini kekal selamanya :D Terima kasih yang tak terhingga buat kamu!

Wednesday, December 2, 2009
The Twilight Saga : New Moon

The Twilight Saga : Twilight (season 1)

The Twilight Saga : New Moon (season 2)
Filem yang sangat menarik!That should be my first words ;)
Sebab apa menarik?Sebab filem ni sangat sweet & romantik bagi kami.Actually The Twilight Saga : New Moon merupakan sambungan dari The Twilight Saga : Twillight tahun lepas.Kami follow cerita ni sebab ianya memang menarik,yang mana filem ni memaparkan percintaan ekstrem seorang puntianak yang hidup selama-lamanya lakonan Edward Cullen (Robert Pattinson) dan pelajar sekolah tinggi Bella Swan (lakonan Kristen Stewart).
The Twilight Saga : New Moon menyaksikan kesinambungan hubungan cinta antara manusia, Bella Swan bersama seorang jejaka pontianak kacak, Edward Cullen yang mula diburu dengan konflik baru apabila wujudnya kehadiran orang ketiga Jacob Black (Taylor Lautner) yang disebut-sebut sebagai hero baru.
Waa tersangatlah menarik!Serius,especially the first season.Itu bagi kami,apa kata anda?Bagi yang belum menyaksikan filem ini apa lagi cepatlah bertindak yea.Sebab saya percaya semua wanita2 di luar sana akan menyukai cerita ini.Lelaki?Saya kurang pasti tapi Mr.I juga mengemari filem ini ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)